Wednesday, April 2, 2008

lagi kisah ayam

Samy Vellu(Menteri Kerjaraya):
kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup..kita bole survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia(Buletin TV3):
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan.....Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin(Edisi Siasat NTV7):
Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam
asyik dok menganga saje.Ayam semua dah besar kepala,..dan dah tak nak duduk reban...dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Ariffin Ismail(TV3 Kisah Misteri):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...."

Maizidul Akmal(TV3 999):
Pihak berkuasa pada malam ahad yang lepas, telah mengadakan opss sikap bagi membanteras kegiatan sekumpulan warga ayam-ayam asing yang menjadikan lokasi disekitar dataran merdeka untuk melintas secara haram sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain..pihak krew 999 turut serta dalam operasi tersebut.. laporkan segera kegiatan jenayah yang berlaku berhampiran anda.. Maizidul Akmal Sidik melaporkan untuk 999...

Zainal Alam Kadir(Wayang Kita Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."

Abdul Fatah Haron(PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yg melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL......

Md. Said Yusof(BN Jasin):
Apa salah nya...biarkan mereka lintas...tutup sebelah mata ajelah...ayam-ayam terlebih besar sikit saja. Lagi pun semua nya itu ayam saya.

Shahrir Abdul Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan.
Kalau beginilah, maka ia nya bertentangan dgn prinsip saya, maka saya RESIGN.

Jalil Hamid(Penyanyi Lagu Ayam):
Ayam.. bermacam ayam... ada ayam yam yam.. ayam kus kus.. ayam muda.. ayam tua.. Makan leher ayam nanti kepala jadi pusing.. oii..

Add to Technorati Favorites
blogarama - the blog directory
TopOfBlogs Top Humor blogs